Tuesday, May 18, 2010

Bercinta Kerana Allah



Agama Islam adalah agama percintaan dan kasih sayang. Firman Allah di dalam surah Ar-Rum ayat 21, “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.”

Apabila dua insan bercinta, ada yang sayang menyayang kerana “cinta berahi” yang wujud di antara mereka. Cinta berahi yang sampai ke jinjang pelamin akan terselamat dari gangguan syaitan. Cinta berahi yang tercemar dengan hasutan syaitan akan berakhir dengen keterlanjuran.

Di dalam keadaan lain, ada yang sayang menyayang kerana Allah. Bercinta sesama makhluk kerana Allah adalah lebih selamat. Ia tidak melukakan hati, tidak meresahkan jiwa, tidak merosakkan akhlak, tidak perlu risau tentang “frust”, tidak perlu melayan perasaan cemburu. Menurut Rasulullah, menyayangi seseorang kerana Allah dapat mendatangkan kemanisan iman. Namun, tidak ramai yang mengetahui caranya.

Menurut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin, kecintaan seseorang yang hakiki kepada insan lain kerana Allah bukanlah bermaksud mencintai insan itu kerana dzatnya (sifatnya), sebaliknya adalah kerana insan itu dapat mendekatkan diri sendiri dengan akhirat.

Menurut beliau lagi, bahawa seorang lelaki mengahwini seorang wanita soleh supaya terpelihara dari gangguan syaitan, supaya terjaga agamanya, supaya memperolehi anak-anak yang soleh dari wanita itu dan seterusnya anak-anak itu mendoakan untuknya. Lalu apabila lelaki berkenaan mencintai wanita itu kerana semua sebab-sebab di atas, maka dia adalah tergolong sebagai salah seorang pencinta kerana Allah. Perkara ini dinukilankan oleh Al-Ghazali lebih kurang 1000 tahun yang lalu.

Selepas ini, apabila anda mencari cinta, carilah cinta yang wujud kerana Allah. Apabila anda menemui cinta, tanya diri sendiri kenapa anda mencintainya? Apakah kaitan cinta itu dengan akhirat anda?

Cinta yang sering dialami oleh para remaja skrg ini bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Mereka cinta bukan kerana Allah S.W.T. tetapi lebih kepada nafsu. Perkara ini memang sukar untuk kite elak kerana ia telah menjadi perkara biasa dikalangan kita. Without knowing we already cross our boundary as a muslim. If today the scenario is already become like this. What will happen to our children in the future? think about it.

Cinta dan kasih sayang yg para remaja dahagakan lebih kepada nafsu dimana ia boleh membawa kite ke kancah maksiat. Anda yakin ke bahawa pasangan cinta anda skrg akan kekal abadi? renungkanlah. Fikirlah sejenak untuk masa depan masing2.

Cinta layaknya seperti seekor rama2, semakin kalian mengejarnya semakin jauh ia terbang meninggalkan kalian. Biarkan rama2mu terbang kemana saja ia suka, siapa tahu bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu ia bakal mengibaskan sayapnya kearahmu menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yang kau tidak sangka mungkin saja rama2 yang kau kejar itu bukan rama2 yang Allah peruntukkan buatmu.

Cintaila dia kerana Allah bukan kerana sifatnye. Cintaila dia kerna engkau yakin bahawa dia akan mendekatkan kite denganNYA, selalu mengigatkan kite akan kesalahan kite, Selalu menegur kite pabila kite lalai menunaikan tanggungjawab kita padaNYA. Cintaila dia kerna engkau inginkan zuriat yang baik dan yakin bahawa dia boleh mendidik anak2 kejalan yang benar dan diredhai ALLAH S.W.T. Didikla anak2 supaya tidak melupakan agamanya agar generasimu kekal hingga ke anak cucu.

2 comments: